Tuesday, January 8, 2008


Hakikatnya bukan senang untuk memegang jawatan nombor satu negara. Terlalu banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dirempuh.

Sekiranya berjaya sekali pun mengharungi segala rintangan, Perdana Menteri terpaksa pula berjuang untuk mengatasi kerenah para penyokong, sahabat-handai, adik-beradik, ipar-duai, anak-menantu, saudara-mara dan sebagainya.

Jika tidak dilayan, maka dianggap sombong, tak kenang budi, tak boleh tumpang dan pelbagai tohmahan yang dilemparkan.

Tetapi jika dilayan segala kerenah ini, maka dianggap mementingkan kroni. Maka, terpaksa pula berhadapan kritikan dari pelbagai pihak, termasuklah BPR dan sebagainya.

Masalah ini akan berlarutan dan berterusan. Walaupun Perdana Menteri bersilih-ganti. Ianya tidak akan selesai jika tiada tekad dan kesungguhan antara menjaga kepentingan rakyat ataupun menjaga kepentingan kroni.

Mungkinkah para penyokong, sahabat-handai ataupun kaum kerabat hanya memberi sokongan untuk mendapatkan imbuhan semata-mata?

Berjayakah Mat Jenin mengatasi pelbagai masalah dalam usaha menuju negara IMPIAN?

Maklumat Buku
Tajuk : Mat Jenin Jadi PM?
No. ISBN: 978-983-44149-1-7
Bil m/s: 180 mukasurat
Harga: RM20 (Termasuk kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak)

Ringkasan buku:
Buku ini mengupas tentang permasalahan yang terpaksa dihadapi di dalam usaha menjamin kesejahteraan semua masyarakat. Manakala sokongan daripada seluruh rakyat merupakan keutamaan berbanding hanya kepercayaan dari satu kumpulan parti sahaja.

Bermula di peringkat sekolah rendah yang harus distruktur semula terhadap dasar pendidikan negara bagi melahirkan generasi yang gemilang. Anak-anak tidak perlu dibebani dengan pelajaran ilmu akademik. Pada peringkat ini, mereka perlu didedahkan tentang pembelajaran bagi mewujudkan semangat jati diri, cinta dan sayangkan keluarga, masyarakat dan seterusnya terhadap negara.

Merealisasi sekolah satu aliran secara percuma bagi mewujudkan semangat perpaduan bagi kepentingan generasi akan datang. Manakala suara ahli politik tidak boleh diguna pakai dalam isu ini yang hanya bertujuan meraih sokongan cara mudah.

Buku ini juga mendedahkan tentang faedah dan kepentingan bermain. Ramai dari kalangan ibubapa yang tidak mengetahui faedah yang terhasil daripada aktiviti bermain. Apa yang mereka nampak adalah anak-anak tidak dapat mengulangkaji pelajaran pada sebelah malam kerana kepenatan disebabkan bermain pada sebelah siang. Sebenarnya bermain juga merupakan pembelajaran secara tidak formal dan hasilnya AMAT positif. Tetapi bukan semua jenis permainan memiliki ciri-ciri ini.

Bagi tujuan memartabatkan negara ke seluruh dunia termasuklah mewujudkan sekolah bahasa dan budaya, sekolah kegemilangan sukan, pusat perfileman negara, merealisi hub halal secara berkesan dan sebagainya.

Selain galakkan pelancongan asing, pelancongan domestik, kesihatan dan pendidikan juga dapat menyumbang kepada pendapatan negara dan ianya harus dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Kupasan tentang kemudahan infrastruktur, sistem penyampaian yang berkesan, mengurangkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar, konsep penjenamaan yang efektif, hak mengundi mengikut pencapaian akademik, merealisasi maksud sebenar dunia tanpa sempadan, mewujudkan hubungan baik antara majikan dan pekerja yang sememangnya sentiasa berlawanan dan banyak lagi.

Walaupun pemimpin dan penyokong saling memerlukan di antara satu sama lain, tetapi bagi pemimpin, masalah utamanya adalah penyokong dan kroninya sendiri. Mengapakah hal ini berlaku?

Selain itu, penulis cuba berinteraksi dengan pembaca dengan menghidangkan satu teka-teki menarik berbunyi:
Depan asli
Belakang Cina
Adik ada satu
Kakak ada dua.

Sebarang pertanyaan/pembelian, sila mailkan kepada:
rosli.yaacob@gmail.com

Cara Pembelian
Bayaran boleh dilakukan secara on-line atau menggunakan mesin deposit.
Bank : Maybank
No. Akaun : 5124 0000 2798
Nama : Edupro Tech

Selesai melakukan bayaran, sila emelkan maklumat berikut kepada kami iaitu:
1. Nama Anda.
2. No. handphone
3. Alamat Anda (Alamat mestilah tepat dan betul. Kami akan mengirimkan naskah buku ke alamat ini.)
4. Poskod
5. Tarikh bayaran dilakukan.
6. Masa atau waktu bayaran dilakukan. Contoh pukul 10:17 am

Sumbangan Untuk Dana Palestin
* RM1 daripada hasil jualan setiap buku akan disumbangkan untuk Dana Palestin.

Catatan:
  • Simpan slip bank ataupun maklumat bayaran. Sekira berlakunya kekeliruan kami akan meminta maklumat bayaran untuk dikirimkan kepada kami.
  • Buku yang dipesan akan dihantar menggunakan Pos Ekspres.
  • Bayaran RM20 itu termasuk kos penghantaran dengan Pos Ekspres.
  • Penghantaran menggunakan Pos Ekspres untuk alamat di Malaysia sahaja (Termasuk Sabah atau Sarawak).
  • Penghantaran hanya akan dilakukan selepas bayaran diterima.
  • Bayaran yang diterima sebelum jam 12 tengahari hari bekerja, maka buku akan dihantar pada hari itu juga.
  • Bagi bayaran yang diterima pada hari cuti, penghantaran akan dibuat hari pertama bekerja pada minggu berikutnya atau hari bekerja keesokan harinya.
  • Tempoh penghantaran adalah berdasarkan poskod alamat yang diberikan. Zon A - Sehari bekerja berikutnya, Zon B - 2 hari berikutnya, dan Zon C - 3 hari berikutnya. (Sila rujuk terma dan syarat Pos Ekspres)
  • Apabila buku dihantar, anda akan menerima e-mel makluman beserta no. tracking. Anda boleh mengetahui status penghantaran buku melalui laman web www.pos.com.my dengan mengisi no. tracking yang diberikan.